Sunday 18 May 2014

TAKDIR DAN DUGAAN

ASSALAMUALAIKUM...

Petang tadi ak dapat la satu whatsapp dari member perempuan ak... Antara isi whatsapp tu berbunyi..


"weyhh.. Tolong doakan kawan ak ea.. maybe dia ada fibroid.. hari selasa ni dapat result medical checkup tu"...


ak yang baca mesej tu terkedu sebentar... FIBROID??!!! binatang ape tu??? nama makanan tradisional ke??? ingat makan je ak ni.. mungkin masa tu ak tengah lapar kot.. hehe. okey.. be serious syahmean!!!

lepas tu ak luangkan masa kejap untuk ingat balik 'syllibus' subjek medikal yang ak belajar selama ni.. rasa macam pernah dengar nama penyakit ni.. tapi tak yakin sangat la.. nak buat macam mana, exam sudah lepas.. so semua ilmu da lupa.. ermmm... tak boleh jadi ni.. tanya pakcik GOOGLE la.. :)

cari punya cari, jumpa la apa yang ak nak tahu tu.. so ak share la sikit kat sini ya..


FIBROID OVARI

- satu ketumbuhan yang bersifat benign (sel cancer yang tidak merebak ke sel atau organ lain) yang berlaku di ovari atau kawasan2 sistem peranakan wanita (uterus).

-boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang bergelar wanita tanpa mengira faktor usia, status perkahwinan atau gaya hidup (hampir 50% wanita dunia berisiko untuk ada fibroid ni)






-antara simptom2 yang akan dialami adalah:

  • kesakitan pada kaviti abdomen / sekitar kaviti pelvik
  • ketidakselesaan pada abdomen
  • kedatangan haid yang tak teratur
  • sembelit
  • kesakitan yang menular ke belakang bahagian bawah

-rawatan adalah bergantung pada size ketumbuhan tu.. kalau ketumbuahan tu besar, operation akan dibuat bagi membuangnya dan kemungkinan sistem peranakan wanita tersebut juga akan terjejas (dibuang sekali la kot)..


Secara ringkasnya, macam tu la... ak yang lelaki ni terfikir sejenak, apa la nasib kawan kepada member ak tu kan.. Risau pula rasanya... memang tak la kan kalau fibroid ovari ni nak jadi pada ak (bukan ada ovari pon) tapi risau la sebab mama ak perempuan (of course la), dan ak juga ada adik perempuan.. Nauzubillah!


Tapi kan, kalau sudah ditakdirkan oleh ALLAH untuk ada penyakit tu, kita tak boleh buat apa.. Redha dan terimanya sebagai satu ujian dan dugaan untuk kita sebagai hamba-Nya.. kalau kita rasa tak kuat untuk menghadapi ujian dan dugaan ALLAH ni, yakin la dengan ayat Al-Quran..




Firman Allah, "Allah tidak akan memberati seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang kami tidak berdaya memikulnya.
Dan maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami. Oleh sebab itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Bakarah, ayat 286)





SEKIAN~~~~




2 comments:

  1. salam...singgah blogwalking sini :p happy blogging!!

    http://akutaipkaubaca.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. time kasih taw.. baru nak start.. thanks 4 support.. :)

      Delete