Wednesday 28 May 2014

SELESAI SUDAH BAB 1 HSR

ASSALAMUALAIKUM....

Hye uolss!!! Hari ini hampir genap 2 minggu dah ak mengikuti kelas Health System Research (HSR) seperti yang ak maklumkan dalam entry ak yang lepas tu... tajuk entry tu G30...FAMILY KU... so, sekarang ni ak bukan nak sambung cerita pasal batch ak dengan mama Rodziah tapi pasal research yang ak perlu siapkan sebelum balik cuti final yang bakal tiba.. hihihi :D

ceritanya bermula....


Selepas 3 hari ak hadiri kelas wajib, alaa macam lecture la juga belajar pasal pengenalan nak buat research tu, ak dan kawan2 yang lain ditugaskan untuk menyiapkan satu proposal bagi tajuk research yang dipilih.. hadoii, bab ni la yang ak pening ni.. tajuk banyak tapi perlu cari yang betul2 sesuai dan tidak menimbulkan sebarang kontroversi dalam menyiapkan research.. kontroversi???!!! apa pun ak tak tahu pasal benda alah ni.. tapi dalam fikiran ak hanya nak pilih tajuk yang senang dan mudah untuk dikaji..

Ak tengok kawan2 yang lain dah sibuk2 jumpa pengajar untuk tanya pasal tajuk masing2.. ak ni tak tahu apa pun lagi.. huhu :'( kena usaha lebih sikit ni.. fikir punya la lama, last2 tertidur... hahaa. nak cari ilham dalam mimpi la kot.. harap2 bangun tidur ni ada tajuk yang nak dipilih.. hampehh!!! tak dapat apa pun..

"Relex la syahmean, masa panjang lagi kot.. enjoy2 dulu", pujuk hati ak untuk menenangkan diri..

Ikutkan rancangan nak siapkan tugasan research hujung minggu, tapi hujung minggu tu dihabiskan dengan tengok wayang la pula.. X-men kan da keluar.. hahaha. hantu betul la!!! keesokannya, ak cuba la juga cari satu tajuk untuk dibentangkan kepada penyelia ak, En Cheah Lew Leong.. Alhamdulillah, tajuk diterima! "Mengkaji Tahap Pengetahuan Mengenai Penyakit Gout dalam kalangan pengunjung Klinik Kesihatan Kuala Berang, Terengganu". Hah!! panjang gila tajuk.. :p senang sikit hati ak.. sekarang ak perlu teruskan usaha untuk siapkan proposal, pengenalan bab 1 pula..

Malam tu dengan semangat yang berkobar-kobar, ak pergi la student lounge, kononnya nak siapkan proposal research ak tu.. dekat student lounge ni ada wifi, so senang la ak nak cari maklumat pasal research ak ni.. pak cik Google la tempat ak rujuk untuk cari maklumat ni.. malangnya, masa ak dihabiskan untuk buka facebook dan chat2 dengan kawan2 facebook... main game Dragon City lagi.. bazir macam tu je masa ak.. huhu. *menyesal ke syahmean???

Berkat kesungguhan, usaha dan tawakkal yang jitu.. Hamboiii, ayat je bombastik!!! :P haha, akhirnya ak dapat siapkan juga tugasan ak tu.. kerja last minute, masuk kelas lambat sebab print tugasan2 tu semua.. Adoii, syahmean2!!! tapi okey la kan sebab ak dah siapkan semua.. bila dah hantar, leganya hati ni.. yeayy!!! :D

So, camtu la ceritanya dalam ak menyiapkan tugasan research ak tu.. gila kau!!! ermm, Esok ak akan dapat result final exam sebagai tukaran kepada tugasan yang ak hantar tu.. takutnya... harap2 dapat result yang baik.. In sha Allah.. Amin.. Esok juga merupakan hari di mana ak BALIK KAMPUNG!!! yaeayyy!!! "Terengganu, mu tunggu ak gi kat mu!!!".. haha. In sha Allah, next entry ak akan cerita pasal result.. Ehhh, MEMANG TAK LAH nak cerita pasal result kan... haha. In sha Allah, ak akan tulis cerita pasal perjalanan ak balik kampung tu.. hehe. :) Thankss!



SEKIAN~~~





2 comments:

  1. wah...dalam dok busy pun sempat tengok wayang ye...all the best n selamat menyiapkan assignment. rindunya zaman belajar...

    ReplyDelete
  2. Goodluck. Sempat pulak main game. Btw, hai. Singgah cni & follow. ^_^

    ReplyDelete