Monday 26 May 2014

PROGRAM WORLD HAND HYGIENE DAY 2014

ASSALAMUALAIKUM... 

hye guyss!!! ;) Dalam sibuk2 dengan kelas Health System Research (HSR), sempat lagi ak luangkan masa untuk join program 'World Hand Hygiene Day 2014' yang dianjurkan oleh Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.. mula2 tu rasa macam berat hati juga nak join sebab nak bahagi2 kan masa untuk siapkan HSR lagi, nak pergi sana, nak buat itu, nak buat ini... macam banyak je benda yang perlu diberi komitmen.. (kalah PM kalau tengok jadual ak tu.. poyos! :p) haha.. tapi bila difikirkan balik, program ni akan beri banyak input untuk ak guna masa praktikal dan masa kerja nanti.. mesti la, kerja sebagai paramedik ni perlu la tahu benda2 ni semua kan.. :)

masa tengok senarai nama peserta yang join program tu, terkejut juga.. haishh, ak sorang je 'kumbang' yang join.. ermmm, nasib laa.. senarai dari 1-9 dah penuh dengan 'bunga2'.. tapi lain pula yang jadi hari ni.. 3 orang lagi 'kumbang' yang berjaya menyenaraikan nama untuk menggantikan 'bunga2' yang gugur dipusara.. huahaha. kenapa la ayat ak ni, novelis sangat la pula.. senget2.. :P yeayyy!!!

Maka, bertolaklah semua peserta2 program ke HSB pada pukul 7.30 pagi.. ehh, betul ke 7.30 pagi??? macam tak je.. huahaha. biasalah, 'Janji Melayu', mesti lambat juga la.. :P tapi kami berjaya mendaftarkan diri sebelum program tu bermula.. caya lah korang!!! :D


ni member ak yang join program ni.. Nazri nama dia.. Dalam auditorium HSB..


kalau tak selfie, macam tak lengkap je.. hehe. with Nazih.. :)


we are Medical Assistant Student... Nazri, Ikhwan, ak n Nazih.. sebelum acara bermula, snap2 dulu


Untuk pengetahuan korang, Program World Hand Hygiene ni akan diadakan pada setiap tahun iaitu pada tarikh 5 Mei yang merupakan World Hand Hygiene Day!!! ingat tu.. program ni bukan calang2, seluruh dunia sambut tau.. World Health Organisation (WHO) telah melancarkan program ni dengan tema "No Action Today, No Cure Tomorrow"...


Tentatif program yang dijadualkan hari ini.. sampai tengah hari la kot.. hihi 


pentas utama bagi acara perasmian Program World Hand Hygiene Day 2014


Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada ketua program, ucapan perasmian daripada Pengarah HSB, bacaan ikrar sempena World Hand Hygiene 2014 seluruh dunia, gimik perasmian dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan melukis poster serta penyampaian sijil pelantikan Duta World Hand Hygiene Day 2014 kepada anggota kerja HSB.. awesome la.. :) Tahniah diucapkan kepada pemenang dan penerima anugerah.. :)


Antara anggota kerja HSB yang menyertai program.. Doktor, MA, Nurses, dan PPK juga terlibat.


bacaan Ikrar sempena Program World Hand Hygiene.. Maka KAMI Berikrar... (opss! ikrar dalam omputeh okey! :p )



Gimik perasmian yang di rasmikan oleh Pengarah HSB.. 



Pemenang pertandingan melukis poster.. hamper besar kot.. nak 'abang' tolong angkatkan tak?? hihi



penerima anugerah dan pelantikan sebagai duta.. ni wakil Medical Assistant (MA).. kira senior la tu.. respect!!!



Lepas perasmian tu, peserta2 diberi masa untuk minum pagi.. kira sarapan la tu.. pukul 7.30 pagi dah kena bertolak, comfirm2 la kiteorang tak sempat nak breakfast... syukur2.. hehe. apa2 pom, gambar tetap kena snap walaupun masa makan.. haha.



makan sarapan dekat koridor je.. huhu. tapi makanan sedap.. sebab FREE kot.. haha


yup!!! tak lepaskan peluang untuk bergambar depan banner2 yang ada dekat situ.. 3 orang bunga dan 3 kumbang..


kumbang2 yang suka bergambar... ada je yang kena paksa sebenarnya.. hehe



bergambar lagi... jangan muntah sebab tengok gambar2 kami ni ye~~~ :P



Habis je program tu, ak ambil la peluang untuk menderma darah.. alang2 dah berada dekat hospital ni kan.. ermmm, syukur sebab masih lagi berpeluang untuk menderma, dengan kesihatan yang diberikan.. :)



proses menderma darah.. Alhamdulillah... :)



pameran yang dijalankan sempena World Hand Hygiene Day 2014 di HSB



Selepas pusing2 pameran yang diadakan, kiteorang pun beransur pulang ke kolej.. Van dah tunggu dah pun.. sorry ye abang driver.. hehe. best sangat hari ni sebab banyak input yang berguna yang ak dapat.. 1st, cucian tangan yang bersih dengan teknik2 cucian yang betul dapat mengelakkan daripada penyebaran virus kepada orang lain.. 2nd, ikrar yang ak lafazkan tu memberi ak tanggungjawab untuk memberi pengetahuan kepada orang awam untuk mengamalkan cucian tangan yang betul dalam kehidupan. kira jadi contoh teladan yang baik la ni.. hehe.

Okke! Program pun dah habis.. ak pun da letih dah menaip untuk entry ni.. dah macam laporan program pun ada juga rupa entry ak ni.. haha. sorry la ye kalau entry ni bosan dan penuh dengan gambar2 je.. hihihi. terima kasih sudi baca sampai habis.. sob.. sob.. terharu :').. hehe.

SEKIAN~~~



No comments:

Post a Comment