Thursday 11 September 2014

RINDUNYA>> SEDIH

ASSALAMUALAIKUM...

lamanya ak tinggalkan blog ak nie.. dah bersawang agaknya.. haha. lepas nie nak upah "bibik" la untuk jaga blog nie..

thanks kepada siapa yang dah follow blog saya nie.. nanti saya akan follow back!..

sekarang agak busy dengan study, assignment.. research lagi.. then exam final.. posting pun tak habis lagi.. posting di labour room sekarang.. huhu. *pengalaman... :)

tapi apakan daya.. tak dapat lagi nak bagi komitmen yang penuh pada blog nie.. kalau ada masa saya tulis lagi ya.. thanks 4 everything..







Wednesday 28 May 2014

SELESAI SUDAH BAB 1 HSR

ASSALAMUALAIKUM....

Hye uolss!!! Hari ini hampir genap 2 minggu dah ak mengikuti kelas Health System Research (HSR) seperti yang ak maklumkan dalam entry ak yang lepas tu... tajuk entry tu G30...FAMILY KU... so, sekarang ni ak bukan nak sambung cerita pasal batch ak dengan mama Rodziah tapi pasal research yang ak perlu siapkan sebelum balik cuti final yang bakal tiba.. hihihi :D

ceritanya bermula....


Selepas 3 hari ak hadiri kelas wajib, alaa macam lecture la juga belajar pasal pengenalan nak buat research tu, ak dan kawan2 yang lain ditugaskan untuk menyiapkan satu proposal bagi tajuk research yang dipilih.. hadoii, bab ni la yang ak pening ni.. tajuk banyak tapi perlu cari yang betul2 sesuai dan tidak menimbulkan sebarang kontroversi dalam menyiapkan research.. kontroversi???!!! apa pun ak tak tahu pasal benda alah ni.. tapi dalam fikiran ak hanya nak pilih tajuk yang senang dan mudah untuk dikaji..

Ak tengok kawan2 yang lain dah sibuk2 jumpa pengajar untuk tanya pasal tajuk masing2.. ak ni tak tahu apa pun lagi.. huhu :'( kena usaha lebih sikit ni.. fikir punya la lama, last2 tertidur... hahaa. nak cari ilham dalam mimpi la kot.. harap2 bangun tidur ni ada tajuk yang nak dipilih.. hampehh!!! tak dapat apa pun..

"Relex la syahmean, masa panjang lagi kot.. enjoy2 dulu", pujuk hati ak untuk menenangkan diri..

Ikutkan rancangan nak siapkan tugasan research hujung minggu, tapi hujung minggu tu dihabiskan dengan tengok wayang la pula.. X-men kan da keluar.. hahaha. hantu betul la!!! keesokannya, ak cuba la juga cari satu tajuk untuk dibentangkan kepada penyelia ak, En Cheah Lew Leong.. Alhamdulillah, tajuk diterima! "Mengkaji Tahap Pengetahuan Mengenai Penyakit Gout dalam kalangan pengunjung Klinik Kesihatan Kuala Berang, Terengganu". Hah!! panjang gila tajuk.. :p senang sikit hati ak.. sekarang ak perlu teruskan usaha untuk siapkan proposal, pengenalan bab 1 pula..

Malam tu dengan semangat yang berkobar-kobar, ak pergi la student lounge, kononnya nak siapkan proposal research ak tu.. dekat student lounge ni ada wifi, so senang la ak nak cari maklumat pasal research ak ni.. pak cik Google la tempat ak rujuk untuk cari maklumat ni.. malangnya, masa ak dihabiskan untuk buka facebook dan chat2 dengan kawan2 facebook... main game Dragon City lagi.. bazir macam tu je masa ak.. huhu. *menyesal ke syahmean???

Berkat kesungguhan, usaha dan tawakkal yang jitu.. Hamboiii, ayat je bombastik!!! :P haha, akhirnya ak dapat siapkan juga tugasan ak tu.. kerja last minute, masuk kelas lambat sebab print tugasan2 tu semua.. Adoii, syahmean2!!! tapi okey la kan sebab ak dah siapkan semua.. bila dah hantar, leganya hati ni.. yeayy!!! :D

So, camtu la ceritanya dalam ak menyiapkan tugasan research ak tu.. gila kau!!! ermm, Esok ak akan dapat result final exam sebagai tukaran kepada tugasan yang ak hantar tu.. takutnya... harap2 dapat result yang baik.. In sha Allah.. Amin.. Esok juga merupakan hari di mana ak BALIK KAMPUNG!!! yaeayyy!!! "Terengganu, mu tunggu ak gi kat mu!!!".. haha. In sha Allah, next entry ak akan cerita pasal result.. Ehhh, MEMANG TAK LAH nak cerita pasal result kan... haha. In sha Allah, ak akan tulis cerita pasal perjalanan ak balik kampung tu.. hehe. :) Thankss!



SEKIAN~~~





Monday 26 May 2014

PROGRAM WORLD HAND HYGIENE DAY 2014

ASSALAMUALAIKUM... 

hye guyss!!! ;) Dalam sibuk2 dengan kelas Health System Research (HSR), sempat lagi ak luangkan masa untuk join program 'World Hand Hygiene Day 2014' yang dianjurkan oleh Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.. mula2 tu rasa macam berat hati juga nak join sebab nak bahagi2 kan masa untuk siapkan HSR lagi, nak pergi sana, nak buat itu, nak buat ini... macam banyak je benda yang perlu diberi komitmen.. (kalah PM kalau tengok jadual ak tu.. poyos! :p) haha.. tapi bila difikirkan balik, program ni akan beri banyak input untuk ak guna masa praktikal dan masa kerja nanti.. mesti la, kerja sebagai paramedik ni perlu la tahu benda2 ni semua kan.. :)

masa tengok senarai nama peserta yang join program tu, terkejut juga.. haishh, ak sorang je 'kumbang' yang join.. ermmm, nasib laa.. senarai dari 1-9 dah penuh dengan 'bunga2'.. tapi lain pula yang jadi hari ni.. 3 orang lagi 'kumbang' yang berjaya menyenaraikan nama untuk menggantikan 'bunga2' yang gugur dipusara.. huahaha. kenapa la ayat ak ni, novelis sangat la pula.. senget2.. :P yeayyy!!!

Maka, bertolaklah semua peserta2 program ke HSB pada pukul 7.30 pagi.. ehh, betul ke 7.30 pagi??? macam tak je.. huahaha. biasalah, 'Janji Melayu', mesti lambat juga la.. :P tapi kami berjaya mendaftarkan diri sebelum program tu bermula.. caya lah korang!!! :D


ni member ak yang join program ni.. Nazri nama dia.. Dalam auditorium HSB..


kalau tak selfie, macam tak lengkap je.. hehe. with Nazih.. :)


we are Medical Assistant Student... Nazri, Ikhwan, ak n Nazih.. sebelum acara bermula, snap2 dulu


Untuk pengetahuan korang, Program World Hand Hygiene ni akan diadakan pada setiap tahun iaitu pada tarikh 5 Mei yang merupakan World Hand Hygiene Day!!! ingat tu.. program ni bukan calang2, seluruh dunia sambut tau.. World Health Organisation (WHO) telah melancarkan program ni dengan tema "No Action Today, No Cure Tomorrow"...


Tentatif program yang dijadualkan hari ini.. sampai tengah hari la kot.. hihi 


pentas utama bagi acara perasmian Program World Hand Hygiene Day 2014


Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada ketua program, ucapan perasmian daripada Pengarah HSB, bacaan ikrar sempena World Hand Hygiene 2014 seluruh dunia, gimik perasmian dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan melukis poster serta penyampaian sijil pelantikan Duta World Hand Hygiene Day 2014 kepada anggota kerja HSB.. awesome la.. :) Tahniah diucapkan kepada pemenang dan penerima anugerah.. :)


Antara anggota kerja HSB yang menyertai program.. Doktor, MA, Nurses, dan PPK juga terlibat.


bacaan Ikrar sempena Program World Hand Hygiene.. Maka KAMI Berikrar... (opss! ikrar dalam omputeh okey! :p )



Gimik perasmian yang di rasmikan oleh Pengarah HSB.. 



Pemenang pertandingan melukis poster.. hamper besar kot.. nak 'abang' tolong angkatkan tak?? hihi



penerima anugerah dan pelantikan sebagai duta.. ni wakil Medical Assistant (MA).. kira senior la tu.. respect!!!



Lepas perasmian tu, peserta2 diberi masa untuk minum pagi.. kira sarapan la tu.. pukul 7.30 pagi dah kena bertolak, comfirm2 la kiteorang tak sempat nak breakfast... syukur2.. hehe. apa2 pom, gambar tetap kena snap walaupun masa makan.. haha.



makan sarapan dekat koridor je.. huhu. tapi makanan sedap.. sebab FREE kot.. haha


yup!!! tak lepaskan peluang untuk bergambar depan banner2 yang ada dekat situ.. 3 orang bunga dan 3 kumbang..


kumbang2 yang suka bergambar... ada je yang kena paksa sebenarnya.. hehe



bergambar lagi... jangan muntah sebab tengok gambar2 kami ni ye~~~ :P



Habis je program tu, ak ambil la peluang untuk menderma darah.. alang2 dah berada dekat hospital ni kan.. ermmm, syukur sebab masih lagi berpeluang untuk menderma, dengan kesihatan yang diberikan.. :)



proses menderma darah.. Alhamdulillah... :)



pameran yang dijalankan sempena World Hand Hygiene Day 2014 di HSB



Selepas pusing2 pameran yang diadakan, kiteorang pun beransur pulang ke kolej.. Van dah tunggu dah pun.. sorry ye abang driver.. hehe. best sangat hari ni sebab banyak input yang berguna yang ak dapat.. 1st, cucian tangan yang bersih dengan teknik2 cucian yang betul dapat mengelakkan daripada penyebaran virus kepada orang lain.. 2nd, ikrar yang ak lafazkan tu memberi ak tanggungjawab untuk memberi pengetahuan kepada orang awam untuk mengamalkan cucian tangan yang betul dalam kehidupan. kira jadi contoh teladan yang baik la ni.. hehe.

Okke! Program pun dah habis.. ak pun da letih dah menaip untuk entry ni.. dah macam laporan program pun ada juga rupa entry ak ni.. haha. sorry la ye kalau entry ni bosan dan penuh dengan gambar2 je.. hihihi. terima kasih sudi baca sampai habis.. sob.. sob.. terharu :').. hehe.

SEKIAN~~~



SEGMEN BLOGGING + MENANG HADIAH!

ASSALAMUALAIKUM...





KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH: 
nak tengok gambar hadiah (click SINI)

USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen blogging + Menang hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam


SEKIAN~~~

Saturday 24 May 2014

GIVEAWAY RM300 BY BLOG PANCING ELIH

ASSALAMUALAIKUM~~

Sebagai blogger amatur, ni benda baru bagi ak.. apa ni?? contest ke??? nampak macam cabutan bertuah pun ada juga.. hahaha. tapi ak punya semangat bersaing yang tinggi membuatkan ak cuba la buat satu entry pasal... nak panggil apa ni??? kompius plak ak pagi2 ni.. ermmm senang2 ak panggil je "LUCKY DRAW".. 

Giveaway RM300??? maybe sebab hadiah yang ditawarkan tu kot..

1st : 1 x RM100
2nd : 1 x RM60
3rd : 1 x RM40
4th-8th : 5 x RM20 (=RM100)

TOTAL: RM100 + RM60 + RM40 + RM100 = RM300

haaa, betul la tu kan.. hahaha. pagi2 buta ak buat entry macam tengah buat kelas tambahan Matematik pula kan.. senget laa.. : P

sape2 yang berminat nak join, JOM!!! click banner yang bawah tu taw..  


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPA3cd1Ylq_1pPUXbdGVP_M86WDsspErJoSk7_NXwuROEJF2B35IcnhtgEg8gMLcJHvQ_8IGe2axBHO3WjqqwEnU6SyFDn6fX-sKaLBliFy4pHt78mHTrLl0CZg6pN-RElrihRMni0SBMq/s1600/Giveaway+1.jpg


okke!!! harap2 bernasib baik la kan.. tempat pertama RM100 tu.. hehehe. uolss, terima kasih baca entry ni..

SEKIAN~~~


Monday 19 May 2014

PETANGKU...JOGING

ASSALAMUALAIKUM...

"syahmean2, bangun la.. asyik tidur je ko ni.. jom la joging!!!" kata kawan ak yang memang jeles kalau tengok ak tidur.. haishhh!!!

"haaa... ermmm, ak tak solat lagi ni.. ngantuk kot.. tidur balik la.." jawabku mamai.. mata tak buka pon lagi.. hehe

"alaa, jom laa weyy.. tak kira.. ak tunggu ko ni.. bangunlah!!!" desak kawan ak tu..

"ishhh, kacau la.. okey2.. ak bangun la ni.. nak solat asar jap". terus bangun dari tidur, capai tuala pergi ambil wuduk.. dan solat 4 rakaat..


******


Petang ni ak rasa malas pula nak joging tapi bila dah kena paksa macam ni, terpaksalah ak ikut.. nak joging ni kena ada mood juga.. ikut firasat ak la.. hahaha. kalau tak, macam ni la, tak enjoy pon.. muka poyo, ngantuk!!! hehehe.. :P tapi ak ikut la juga kawan ak sorang ni.. ehh.. ak tak kenalkan pon kan kawan ak ni.. IKHWAN ALIAS nama dia.. dia nie tiap2 petang joging.. nak kurus la tu.. hahaha. badan dia bukan gemok sangat pon.. biasa2 je.. :)

So, kiteorang pun pergi la taman rekreasi yang paling dekat dengan kolej kiteorang ni... ni bukan 'first time' pon ak pergi joging.. dah selalu sangat dah.. joging ni salah satu hobi ak kot.. tapi kena ikut mood!!! haha. Dari semester 1 lagi ak selalu datang taman ni dengan SIFU ak.. kalau joging dengan dia mesti kena habiskan trek 8km hingga 10km.. hadoiii, nak tercabut kaki ak ni.. tapi enjoy la sebab ak boleh tingkatkan stamina ak ni.. tak gitu kawan2??? sambil2 tu boleh juga cuci2 mata petang2.. haha..

Sekarang dah sampai dekat taman rekreasi tu.. dapat la ak snap gambar2 dekat taman tu.. hehe


haa.. dekat sini la selalu ak joging dengan kawan2 ak.. dari semester 1 sampai la sekarang dah semester 4.. hehe

Kalau dah sampai sini nak buat apa lagi.. JOGINGLAH... takkan nak berkelah pula kan.. haha. kiteorang pun mulakan langkah untuk joging.. target nak joging 2 round je hari ni.. hehe. masa joging tu, tangan ak tak henti snap2 gambar yang ak rasa menarik.. hehe. cuci mata la tu.. :P

Jom joging sama2.. satu dua MULA!!!

okey.. round pertama!!!

Round kedua.. Chaiyok2!!! cikit lagi ni.. fuhhhh!!!


Dekat taman rekreasi ni ramai juga orang datang joging.. ak tengok ada yang bawa family sebab nak luangkan masa sama2 joging dekat sini.. tak kira usia, bangsa, dan warna kulit.. 1 Malaysia.. haha. tetiba melalut dengan semangat patriotisma ak ni.. tapi betul la.. kadang2 ak terfikir juga.. diorang ni joging sebab apa ea??? nak kurus ke? maybe la kot sebab ak tengok ramai juga yang badan besar2 joging kat sini.. hehe.
think positive!!!! mesti diorang ni nak sihat.. sebab tu diorang joging.. ataupun sebab hobi.. aikkk?? macam ak je.. hahaha. tak kesah lah.. biar la diorang nak joging pun.. apa masalah ak sekarang ni.. taman ni bukan untuk ak sorang je pun.. hehe. kan dah kena!!!

okey!!! dah habis 2 round joging.. so, kiteorg pun jalan2 la dekat sekitar taman tu.. rehat2 la pula.. letih kot.. hehe. snap gambar lagi ak ni.. nampak cantik je permandangan sekitar taman nie.. :)

jambatan apa la ni.. hehe. menarik kan???


Tengah jalan2 tu, tiba2 ak dengar satu lagu yang sedang dimainkan di satu tempat dekat sekitar taman tu.. ak tersenyum.. ermmm.. dah agak dah.. mesti ada juga petang ni.. cuba teka apa tu??? haha. Senamrobik la.. hari2 ak datang sini mesti ada senamrobik ni.. tapi nak join tu macam susah sikit la.. tak minat sangat kot.. hehe.


senamrobik yang biasa diadakan di taman ni.. Enjoy!!! hehe

tengok apa la tu syahmean oii.. dah jumpa yang berkenang di hati ke??? ahakss!

dekat mana2 pun mesti sempat juga nak berselfie2 ni.. haha. tu dia IKHWAN ALIAS..

Tengok jam dekat tangan, oh dah nak pukul 7.00 dah.. jom la balik weyh.. haha. cukup la tu luangkan masa kira2 1 jam lebih la dekat taman ni.. joging, jalan2, rehat2.. hehe. Masa jalan2 nak balik kolej tu, ak ternampak la pokok mempelam yang penuh dengan buah.. haiiii, terliurnya!!! ermmm, okey.. orang punya.. :'(




Jumpa esok pula.. SEKIAN... 



Sunday 18 May 2014

TAKDIR DAN DUGAAN

ASSALAMUALAIKUM...

Petang tadi ak dapat la satu whatsapp dari member perempuan ak... Antara isi whatsapp tu berbunyi..


"weyhh.. Tolong doakan kawan ak ea.. maybe dia ada fibroid.. hari selasa ni dapat result medical checkup tu"...


ak yang baca mesej tu terkedu sebentar... FIBROID??!!! binatang ape tu??? nama makanan tradisional ke??? ingat makan je ak ni.. mungkin masa tu ak tengah lapar kot.. hehe. okey.. be serious syahmean!!!

lepas tu ak luangkan masa kejap untuk ingat balik 'syllibus' subjek medikal yang ak belajar selama ni.. rasa macam pernah dengar nama penyakit ni.. tapi tak yakin sangat la.. nak buat macam mana, exam sudah lepas.. so semua ilmu da lupa.. ermmm... tak boleh jadi ni.. tanya pakcik GOOGLE la.. :)

cari punya cari, jumpa la apa yang ak nak tahu tu.. so ak share la sikit kat sini ya..


FIBROID OVARI

- satu ketumbuhan yang bersifat benign (sel cancer yang tidak merebak ke sel atau organ lain) yang berlaku di ovari atau kawasan2 sistem peranakan wanita (uterus).

-boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang bergelar wanita tanpa mengira faktor usia, status perkahwinan atau gaya hidup (hampir 50% wanita dunia berisiko untuk ada fibroid ni)






-antara simptom2 yang akan dialami adalah:

  • kesakitan pada kaviti abdomen / sekitar kaviti pelvik
  • ketidakselesaan pada abdomen
  • kedatangan haid yang tak teratur
  • sembelit
  • kesakitan yang menular ke belakang bahagian bawah

-rawatan adalah bergantung pada size ketumbuhan tu.. kalau ketumbuahan tu besar, operation akan dibuat bagi membuangnya dan kemungkinan sistem peranakan wanita tersebut juga akan terjejas (dibuang sekali la kot)..


Secara ringkasnya, macam tu la... ak yang lelaki ni terfikir sejenak, apa la nasib kawan kepada member ak tu kan.. Risau pula rasanya... memang tak la kan kalau fibroid ovari ni nak jadi pada ak (bukan ada ovari pon) tapi risau la sebab mama ak perempuan (of course la), dan ak juga ada adik perempuan.. Nauzubillah!


Tapi kan, kalau sudah ditakdirkan oleh ALLAH untuk ada penyakit tu, kita tak boleh buat apa.. Redha dan terimanya sebagai satu ujian dan dugaan untuk kita sebagai hamba-Nya.. kalau kita rasa tak kuat untuk menghadapi ujian dan dugaan ALLAH ni, yakin la dengan ayat Al-Quran..




Firman Allah, "Allah tidak akan memberati seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang kami tidak berdaya memikulnya.
Dan maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami. Oleh sebab itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al-Bakarah, ayat 286)





SEKIAN~~~~